SHA WIESYA
About Entry Instagram Twitter
End of honeymoon year
Sunday, December 15, 2013 • 11:25 PM • 0 comments
Assalamualikum dan hai . Memang dah berhabuk pun blog ni rasanya . Ikutkan ati rasa nak delete je blog ni sebab takda masa nak update setiap hari setiap detik kan . Tapi bile je jenguk blog yang berhabuk rasa kesian pulak dekat blog kesayangan ni . Dah berbulan tak bukak kan . Ape khabar semuanya ? 

Pejam celik pejam celik rasa macam kejap je jadi form4 ni kan . Orang cakap form4 ni tahun honeymoon, tahun nak enjoy lepaskan stress sebab baru lepas pmr kan . Tapi bagi aku tahun form4 lah tahun yang memang kena struggle gila gila sebab nak hadapi exam yang menentukan masa depan kita kan . Tahun depan dah jadi calon spm, dah jadi senior year . Rasa macam dah tua sangat dah ni. Rasa macam baru je semalam baru masuk form1 eh tengok tahun depan dah nak spm . 

Tahun depan memang dah takboleh nak enjoy sangat , kena belajar betul betul . banyak benda kena fikir, nak banggakan mak ayah, sekolah dan yang paling penting masa depan kita, memang kena fokus betul betul.Lepas spm memang syok sebab boleh buat lesen kereta , boleh jalan sana sini. Tapi confirm punya akan rindu sekolah , rindu nak belajar . Kalau ikutkan hati memang taknak jadi 17 tahun . tapi nak buat macam mana kan 

Macam macam dah berlaku dalam tahun honeymoon ni , macam macam perasaan dah rasa . Sedih,bangga,kecewa,sakit hati , benci semua dah ada . Macam macam situasi dah hadapi . Orang cakap semakin kita meningkat dewasa semakin banyak cabaran dan dugaan kita kena hadapi kan . So, kita kena persiapkan diri kita untuk dugaan dan cabaran yang lagi besar bila kita dah nak meningkat dewasa . rasa dah takda apa nak ceritakan lagi . 

Dicerita dan diberitahu oleh yang ikhlas Wiesya Nadia



FUTURE
Hello;
Hi *wave hand* I'm ShaWiesya & this is my new blog for Disember edition. I'm 17 y/o. I'm friendly so do talk to me. Thanks for visiting my blog


Shout!


Twitter
Memory
Read my haul posts :)
Big Clap!
Fully Edited :Elly
Template :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome